Tudung kanak-kanak


RESEPI SAGU GULA MELAKA SEDAPNYA.. JOM BUAT

Pencuci mulut pilihan untuk juadah berbuka 14 Ramadhan 1439H



💙RESEPI: Sagu Gula Melaka

💜SUMBER: YatieMemories
💚BY: CikSu Qasehnya Rania

Bahan-Bahan:

📍300 gm biji sagu (warna putih)
📍2 liter air
📍1/2 camca teh pewarna merah 
📍daun pandan

Caranya:

📍Didihkan air, masuk daun pandan dan pewarna.
📍Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
📍Masak sagu, jadi jernih. Tutup api dan biarkan sekejap dalam 2-3 minit. 
📍Angkat sagu, toskan dan cuci bawah air mengalir untuk buang kanji.
📍Toskan dan isi dalam acuan/ loyang kesukaan.
📍Sejukkan dalam peti ais.

Untuk sirap gula:

📍1 ketul gula melaka
📍1/2 cawan gula 
📍1 1/4 cawan air
📍1 helai daun pandan

Caranya:

📍masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan

Susu Sejat secukupnya (sejukkan) 

@
Bahan Untuk Kuah Santan:
📍1 cawan santan pekat dan masak bersama 1 cawan air, tambah sedikit garam dan sejukkan.

Cara Hidangan:-


1) Letak gula melaka

2) Sagu
3) Susu sejat/ Santan
4) Sejukkan dalam peti ais
5) Bolehlah makan 😆

Love 💚,

CikSu Qasehnya Rania

1 Comments




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin