Tudung kanak-kanak


RESEPI TERUNG GORENG SAMBAL

Terung Goreng Sambal je hari ni.. lagipon belum sempat beli gas baru.. cik abe tak ada di rumah.. tunggu dia balik esok pagilah.. baru pikir pasai gas baru.. makna kata, hari ni iolls masak pakai dapur kecik lagilah.. 😂😂 okje.. makanan tetap masak macam biasa.. cuma lecehlah sikit sebab dapurnya comel angggat.. kena masak satu persatu.. 



Terung Goreng Sambal.. menu simple jee tapi sedap baq hang.. bertambah-tambah pula nasi tadi.. ekekeke.. walaupon makan berdua dengan Raniaku sayang, selera tetap ado.. 


Nasi panas-panas, gaul dengan terung sambal.. pergghhh sedap baq hang!! menikmati sangat tau.. terasa puas.. sebab boleh buat pedas pedas. hihihi. ini memang untuk anak tekak ummi je haaa.. rania ummi buatkan menu lain 😍

Bahan:

terung  - potong serong - rendam dalam air untuk elak lebam
1 labu bawang besar - potong bulat
air asam jawa secukupnya 
garam dan gula secukupnya

Bahan tumbuk:

udang kering - rendam hingga kembang
bawang putih
cili kisar

Cara:
Goreng terung hingga masak dalam kuali non stick pan.. letak minyak sikit jee, angkat dan toskan minyak.

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan air asam jawa kalau kering tambah sedikit air, masukkan bawang besar, garam dan gula, masak kacau sebati dan rasa secukupnya, tutup api masukkan terung yang sudah digoreng tadi, gaul rata sebelum dihidangkan.


0 Comments