IFTAR 19 RAMADHAN 1439H

Semalam berbuka dengan anak-anak buah cik abe 3 orang. Alhamdulillah rezeki makan berbuka bersama dorang. meriah sikit rumah ni. Hihihi. Kalau tidak asyiklah berbuka bertiga. kadang berdua jeee dengan Raniaku sayang ๐Ÿ˜

Masak Gulai Kepala Ikan Kerapu. Kepala Ikan Kerapu ni baki ikan kerapu yang dimasak 3 rasa dan ikan kukus minggu lepas. Ikan kerapu tu pon, salah sorang anak buah cik abe yang datang semalam tulah bagi. Kemain besau kepala ikan kerapu tu tau. Cik abe siap untuk belah dua lagi haaa. Kalau campak seketul kepala tu dalam kuali mau melimpah ruah kuahnya nak kena buat. Hahahaha

Masak juga Sotong Goreng Kunyit. Sotong letak garam kunyit, goreng dalam minyak panas dan banyak macam goreng ayam tu. Pastu masukkan bawang besar dan cili merah. Agak bawang dah layu, bolehlah diangkat. Toskan minyak. Ini iols tengok cara Puan Azie Kitchen buat. So, i follow. Hihihi. Apa rasanya? Sedaplah kot. Hahaha. Saya tak makan sotong. Alergik. Huhuhuhu.

Masak juga Kailan Ikan Masin. Yang bestnya ikan tenggiri tak ada. Iols guna je ikan gelama masam yang dok ada. Hihihi. Kita buat dia, kan!! Jadi ๐Ÿ˜†

Ini je iols sempat snap gambo. Menu yang datang selepas itu, iols tak snap sebab iols is segan ๐Ÿ˜ Gulai tu pon sekejap je tu, gigih nak bergambar. Kang deme datang, tak boleh plak nak snap, kan!!! Dah siap bergambo, masukkan balik dalam kuali. Ekekekeke.. 


Semalam try ngetest buat MENGEPAU. Alhamdulillah, menjadi. Tapi tulah, inti plak secoet. Kahkahkah. Dah ghope kedekut sesangat. Actually, saja nak ngabiskan baki kacang hijau dan coklat yang dok ada. Last-last memasing dah nak habis, so, terpaksalah bajet sorang sikit bagi dapat juge. Nak letak inti lain, memang tak ada pon di rumah. Kalau ada sekaya boleh juge, kan!! Percubaan pertamalah katakan. Kekok jap. Kahkahkah.. In shaa Allah akan perbaiki lagi.. Seronok pula mengepau..


Banyak juga dapat pau tu. Guna 1/2 kilo tepung. Tak padan dengan inti tak ada, gigih uli bebanyak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Goreng juga baki KUIH BOM yang dah siap diisi inti. 

Deme datang bawa memacam. Ada murtabak daging. Sedap. Penuh dengan inti. Terbaik. 

Air tebu. Manis melecas. Memang manis air tu. 

Kuih muih ada kuih cara manis, cara berlauk, buah melaka dan kuih apanerk satu lagi tu. Ala-ala puteri mandi ke apa ntah. Tak kenal sebab tak pernah makan. 

Jiran bawah bagi sambal tempe ikan bilis. Sedapnya makan dengan nasi panas-panas. 

Hari ni nampaknya berbuka berdua ajelah dengan Raniaku sayang sebab cik abe ada majlis berbuka puasa dengan Anak-Anak Yatim di Pasir Puteh, Kelantan. Nak kena buat KUIH CARA INTI COKLAT. Balik ambik Rania karang nak kena siapkan. Harapnya sempatlah siapkan.

Banyak ke? In shaa Allah dah siap pe semua nanti ciksu updated deh ๐Ÿ˜


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "IFTAR 19 RAMADHAN 1439H"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF