Tudung kanak-kanak


RESEPI KUIH BOM INTI KACANG HIJAU SEDAP DAN LEMBUT DIMAKAN..


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

KUIH BOM INTI KACANG HIJAU pemanis mulut time berbuka semalam. Sedap dan lembut. Puas hati. Saya suke ❗Saya suke❗


KUIH BOM INTI KACANG HIJAU kesukaan kakak sebab guna tepung pulut. Menu berasaskan tepung pulut mesti kakak suka sebab bila gigit ada rasa kenyal. Gitu. 


KUIH BOM INTI KACANG HIJAU SEDAP DAN LEMBUT DI MAKAN 




KUIH BOM BAHAGIAN DALAM SELEPAS DI BEDAH SIASAT 



❣RESEPI: KUIH BOM INTI KACANG HIJAU
❣SUMBER: Azie Kitchen 
❣BY: CikSu Qasehnya Rania

A) Bahan Inti Kacang Hijau:

3 cawan kacang hijau 
21 cawan air
1 keping nisan (masak dengan air sikit, tapis) 
1/2 cawan gula
Kelapa parut putih secukupnya
Garam sesedap rasa

Basuh, rendam kacang hijau. toskan dan rebus hingga air kering.

Masukkan air nisan, gula. masak sampai gula cair dan sebati, kering. masukkan kelapa parut. 
Pastikan inti betul-betul kering. sampaikan korang buka api habis kecil dah tak ada bunyi pulp pulp tu.
Tutup api, sejukkan. 
Buat bulat-bulat comel, ketepikan.

B) Bahan Doh:

4 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum 
2 cawan air
Garam sesedap rasa

Satukan semua bahan, uli sampai doh tak melekat di jari jemari uols. 


C) Bijan secukupnya untuk menggolek.


D) Minyak secukupnya untuk menggoreng dan lembapkan jari jemari sewaktu membentuk doh. 


Caranya:

E) Cubit doh, agak-agaklah, bulat-bulatkan, pastu leperkan.
Masukkan inti kacang hijau. Tutup dan bulatkan. Ketepikan. 
Buat doh sampai habis. 

F) Goreng dalam minyak terendam guna api sederhana. Kacau sentiasa, dah kuning angkat. Jangan goreng lelama nanti kuih meletup, pecah tak cantik.


Hampa buatlah sendiri okay. Sure berbaloi.. 


SIAPKAN BAHAN SEMUA. DAH TERATUR BARU MUDAH DAN CEPAT RASANYA


CIKSU SUKA TAU BUAT KUIH BOM. WALAUPON RENYAH TAPI LAMA, LAMA JADI RALIT DOK MELAYAN 😂😂




ALHAMDULILLAH, SAAT YANG DINANTI-NANTI IALAH TIME MENGGORENG. RISAU SUNGGUH BAB NAK CONTROL API NI. LAP PELUH OKAY 😆 




KUIH BOM.. JUAL ❗JUAL❗JUAL❗

EMPAT SINGGIT 😂😂



TIPS:

❣ Nak makan pagi buat malam. Nak makan petang buat pagi. Tutup dengan kain bersih. 
❣ Jangan buat la, goreng la la tu sebab nanti kuih bom akan meletup dalam kuali. Itu pasei ia dipanggil kuih bom 😂😂
❣ Kalau nak buat sikit, boleh kurangkan bahan inti dan doh, pepandailah bajet 😍
❣Tahap kemanisan inti, silalah adjust sendiri.
❣Walaupon renyahnya boleh tahan nak siapkan kuih bom tapi berbaloi dapat makan banyak-banyak. Puas hati 😂😂

S E L A M A T 

             M E N C U B A ❗❗❗

#naksharesilakan

#bolehcubabuat
#daridapurciksu 
#kuihbom

0 Comments