RESEPI BISKUT SARANG SEMUT by AZLINA INA FANS

Bismillah..
Assalamualaikum dan selamat pagi korang. Esok cuti ni kalau baring pejam mata lebuh ni uuuuii. Hahahaha. 

Korang dah mula buat biskut raya ke? Atau dah siap beberapa jenis biskut raya. Cayalah korang. Memang terbaik, kan!!! 

Ciksu belum mula satu apa lagi haaa. Rasa-rasanya esok atau lusalah kot baru nak mengukis. Kikiki. Rania dah mula cuti sekolah, bolehlah fokus buat biskut raya pula. Sebelum ni dok kalut buat kuih muih untuk juadah berbuka, kan!! 

Dah senaraikan beberapa jenis biskut mudah yang ingin di buat nanti. 

Antaranya nak buat BISKUT TART KERANG, BISKUT SARANG SEMUT DAN CORNFLAKES MADU. BISKUT ALMOND LONDON, mungkin buat lepas rayalah kot. Tak terasa nak membuatnya lagi. Walaupon biskut kegemaranku.

Biskut Almond London memang sedap dimakan. Ralit je. Tapi nak menyiapkannya ambil masa. Memula buat biskut. Sejukkan. Pastu kena tunggu mood mai pulak, barulah boleh nak menyalut coklatnya. Bab menyalut coklat ni yang hazab kejap. Hahahaha. Kepanasan ok sebab nak kekalkan kecairan coklatnya tu sebelum di salut. Dah siap semuanya memang puas hati. Kepuasan sesangat tau ๐Ÿ˜

CikSu selitkan kenangan siapkan biskut raya pada tahun 2016. Rindu rumah lama di KL. Rania masa ni baru umur 2 tahun lebih. Ummi terlajak sampai ke pagi. Dia bangun, beginilah kerjaannya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 

Nak tolong ummi katanya. Semoga usia makin meningkat Rania makin rajin ye. Nanti sama2 kita buat biskut raya okay. ummi ada geng dah di dapur ๐Ÿ˜




Hari ni CikSu nak share RESEPI BISKUT SARANG SEMUT BY AZLINA INA FANS. Sebelum² ni CikSu dok guna resepi di goggle je. Jadi elok juge. Cuma tahun ni terjumpa resepi Cikgu Ina. So, kita try guna resepi ni pulak. Simpan sini sesiap senang nak mencarinya nanti. Siap bergambar lagi. Memudahkan bagi yang mencari.. 

S E L A M A T _ M E N C U B A 

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT AZLINA INA FANS ...

Jom semak resepinya ๐Ÿ˜„
Next entry akan CikSu selitkan kejadian Biskut Sarang Semut versi CikSu pulak deh. 



Okey ini lah dia pemandangan biskut sarang semut berkawad hora horey kite ye.. dah tak sempat korang buat juai ni, makan sondiri jo la yo haha



Bahan2 nye adalah:

1 cawan butter
1/2 cawan gula halus
Mixkan sekejap bagi kembang dan gule hancur



2 bijik kuning telur dan sedikit esen vanila

Masukkan telur dan esen vanila.
mix sekejap je, matikan mixer.



Ok dah kembang macam ni bahan mix tadi, kan!!

Masukkan 1sk pewarne kuning kacau rata dan masukkan 1 sb susu tepung + 2 sb tepung custard dan kacaukan..


1 cawan tepung jagung masukkan jugak dan kacau



Ok sekarang tepung naik sendiri tak perlu ayak dan tak perlu + baking powder.. sukatan 2 1/4 cawan

atau

2 1/4 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder (ayakkan) 

Masuk sikit2 dalam adunan tadi smbil uli ejas2 la. Kalau rasa korang lembek sikit, boleh tambah lagi tepung sikit2 tapi rasanya sukatan ni selesa di tangan. 



Cammni doh die kalau ina xyah masuk peti ais kalau korg nak die keras sket doh tu balut plastik elok2 smpn 20 mnt dlam pti

Ni alat memarutnya buat macam rajah tu ye


Okay.. ambik sikit doh dan parutkan


Parut sikit2 dan jangan banyak2 nanti bergumpal



Ok masukkan dalam paper cup pilihan



Tabur urai bewarna dan panaskan oven bakar suhu 160 masa 20 minit . Apa pon bergantung pada oven korang ye.. 



Sekian laju2 sebab cikgu ngantuk ahahaa bye

KREDIT TO : PAGE AZLINA INA FANS 


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "RESEPI BISKUT SARANG SEMUT by AZLINA INA FANS"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF