Tudung kanak-kanak


RESEPI PAU KAMPUNG..



السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

SELAMAT HARI RAYA 
..
MAAF ZAHIR BATIN 

Ade je ni. dah balik ke teratak. mereputlah di rumah. ekekeke. cik abe dah mule khoje kemarin. esok Rania pon dah mula sekolah selepas 2 minggu cuti, kan!! 


Duduk melangut di rumah sesaje, apalagi puasa 6 lah kite. alhamdulillah, dah dua hari berjaya puasa. semoga dipermudahkan semuanya aamiin 😍


Hari ni gigih mengepau. Menu untuk berbuka nanti. sejak-sejak pandai mengepau ni, pantang ada tepung dan yis di dapur ciksu, comfirm mengepau. selagi tak dapat seperti di kedai, selagi tulah ciksu akan cuba, dan terus mencuba. hihihi. praktis makes perfect, kan!! 

1/2 kilo tepung dapatlah 30 biji pau comey lotey ni 😂 buat 2 jenis inti. pau inti kaya. pau inti coklat...

PAU KAMPUNG INTI KAYA




Sejak-sejak Raniaku sayang suka makan pau, ummi menggigihkan diri belajar buat pau. alhamdulillah, dah banyak resepi yang dicuba setakat hari ni, semuanya menjadi dengan jayanya. cumanya ada masalah sewaktu mengisi inti. 

Pertama kali buat, agak tidak memuaskan sebab secoet je intinya. hahaha. tak pandai nak bajet banyak mana nak letak. if letak lebih, terlebih pulak. if letak sikit, sikit benor. kekekeke. serba tak kenalah pulak, kan!! 


PAU KAMPUNG INTI COKLAT 


PAU KAMPUNG SEDAP DIMAKAN PANAS-PANAS SAMBIL MINUM KOPI O.. NYUM NYUM NYUM.. 



PAU KAMPUNG
bahagian dalam selepas dipotong. ok ke? 

okje sebab buat sendiri. ekekeke. 
sekarang baruku paham mengapa inti pau hanya sesedap rasa. hahahaha



Tips nak dapatkan pau yang comel:


✔Kalau tak guna Bread Maker, silalah uli doh hingga betul-betul elastik. in shaa Allah, cantik je kejadiannya. 


✔Selepas dikukus, jangan sepantas kilat buka penutup. nanti pau akan mengecut. tak cantiklah tekstur atasnya. berkerut 😆


✔Pastikan air sudah mendidih sebelum mengukus pau.


✔Sila tutup penutup kukus untuk elakkan air menitik atas pau supaya wajahnya cantik berseri tanpa jerawat. hihihi


✔Lain-lain tips silalah share dengan ciksu okay. ini setakat yang ciksu dok buat dua tiga menjak ni haaa. apa yang ciksu perasan je lah ciksu kongsikan.. 


Teringin nak buat juge keee🙊 bolehlah tengok resepi di gambar yeee😉 dah cuba kaborlah yeeee. 

RESEPI PAU KAMPUNG 




Selamat mencuba..
next entry ciksu kongsikan resepi pau versi lain pulak yee.. selagi boleh dicuba ciksu cuba jeee. 

#paukaya
#paucoklat
#paukampung 
#daridapurciksu

1 Comments

  1. Allahu sedap nyer...
    aida x pandai buat pau.
    beli aje :)

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin