Tudung kanak-kanak


POTLUCK RAYA DENGAN JIRAN BLOK F14 2018



السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Hari ni berkesempatan buat potluck raya dengan jiran seblok.. kemain lama ambil masa merancang, akhirnya jadi juga. hiks. 

Maklumlah memasing ada hal yang perlu diuruskan. nak semua ada memang perlukan pengorbanan. 

Ini pon ada yang tak sempat join. contohnya akak yang buatkan mee kari tu. dekat dekat nak makan, terpaksa keluar sebab ada hal. dekat nak habis majlis, barulah balik. sekurang-kurangnya sempatlah juga, kan!! 

Iols siapkan tempahan roti jala untuk sekilo tepung. sekilo tepung dapatlah 100 pcs. kalau guna acuan botol dapatlah dalam 100 lebih. hari ni cuba guna acuan tradisional tu. gelek-gelek sikit. hihihi.

Balik tengah hari selepas ambik rania dari sekolah baru sinsing lengan baju masuk dapur. alhamdulillah, sempat siapkan tempahan roti jala tepat pada masanya. 



Sempat juga siapkan pau inti coklat dan pau inti kacang merah. sekili tepung dapatlah dalam 40 biji. separuh bawa turun untuk potluck, separuh lagi habuan cik abe bawa gi mancing tadi. 

Selebihnya iols bawa biskut raya dengan air sirap selasih.. 



Sekitar acara potluck raya jiran seblok 😄

Meriah menu menu yang ada. menu utama MEE KARI.. 
Menu penyeri ada ROTI JALA, PAU, BISKUT RAYA, KUIH LAPIS, KUIH NONA MANIS, KEK LAPIS, BUAH MEMPELAM DAN AIR.. 

Alhamdulillah. Rezeki dikongsi bersama.. 




Macam-macam ada. hihi.. sila ooo sila.. 

Buat potluck raya dekat balkoni je. ekeke. jadi.. 

Dari kiri Kak Ida, Kak Yati, Kak Zila, Kak Dilla, Kak Yatie, Kak Ani, CikSu 



Kak Nisah, CikSu, Kak Lin, Kak Ani, Kak Yatie..



Semoga ukhwah kita sentiasa dirahmati Allah. aamiin 

#potluckraya
#jiranblokF14
#ciksuberaya 

1 Comments




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin