Tudung kanak-kanak


RESEPI PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD [KUKUS]


Puding Roti Dengan Sos Kastard (kukus) kesukaan ciksu.. sangat mudah disediakan.. bahan pon sentiasa ada di dapur.. tapi sayang Raniaku tak berapa gemor 😅 makan rasa-rasa je.. nasiblah si ayah suka.. merangkapntukang perabis 😂 tak pon buat bagi bawa ke office.. makanlah deme di sana.. asalkan bawa balik bekas iols nanti kosong.. 

RESEPI: PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD [KUKUS]
BY: UMMI RANIA 
#DARIDAPURCIKSU

Bahan:
▪4 keping roti..dipotong kecil² @ suka² hatilah
▪1 tin susu cair
▪2 biji telur
▪4 sudu besar gula
▪butter (untuk sapu kat permukaan roti)
▪1 sudu kecil esen vanilla
▪coklat cip, kurma, kismis [ikut apa yang ada]

Cara:
▪Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang atau apa² bekas....
▪Masukkan telur, gula dan esen vanilla dalam bekas lain dan kacau hingga sekata...
▪Kemudian, masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sekata....
▪Tuang bancuhan tadi atas susunan roti...
▪Taburlah apa yang ada di dapur..
▪Kukus selama 20-25 minit....

Sos Kastard:
▪1 cawan susu full cream / fresh milk
▪2 camca besar air
▪1 sudu besar gula halus
▪1 sudu besar tepung kastard
▪1/2 sudu teh esen vanilla

Cara² membuatnya:
▪Masukkan semua bahan² tadi dalam bekas dan kacau sehingga tepung kastard sebati....
▪Panaskan atas api sederhana dan teruskan kacau bancuhan sehingga semuanya sebati....masak sehingga mendidih..
▪Sejukkan dan boleh dihidang bersama puding roti tadi...




#sarapanpagi
#pudingroti
#pudingrotikukus

0 Comments