Tudung kanak-kanak


RESEPI TUMIS AIR BAYAM MERAH DAN KHASIAT BAYAM MERAH


Banyak kali dah try bagi Rania makan sayur bayam merah ni. Tapi selalu hampa. 
Rania just suka hirup kuah jurr. Air sirap katanya 😂

Rasa-rasanya ummi nak kena hiris halus, buat nasi goreng jurr. Senang. Buat macam sawi. Hiris halus gitu, memang Rania makan. Kalau nampak sayur bayam panjang gitu, memang tak dijamahlah jawabnya.

RESEPI TUMIS AIR BAYAM MERAH

Bahan-bahannya:
Bayam merah
cili merah - dihiris serong
air secukupnya
garam sesedap rasa
*nak campur udang atau ikan bilis pon boleh. terpulang* 

Bahan hiris nipis:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara-caranya:

Panaskan 2 sudu makan minyak. Tumis bahan hiris hingga wangi.
Masukkan air.
Biarkan mendidih.
Masukkan bayam, cili merah dan garam. Kacau rata dan bayam layu.

Tutup api. Hidangkan.


Menu hari ni semestinyalah ada bayam merah. Ekekeke. 

Khasiat Bayam

1. MEMBINA TULANG YANG KUAT

Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.

2. MEMBINA SALUR DARAH YG BAIK

Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.

3. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.

4. MENCEGAH KANSER

Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

5. BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG

Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.

6. MATA YANG SIHAT

Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.

p/s : Selamat mencuba 

Siapa suka komen "Saya Suka Bayam" di ruangan komen atau share pengalaman anda bersama sayur bayam 😀

1 Comments

  1. alahai sedap nyer bayam.
    anak2 dara aida suka makan bayam & kangkung.
    izzat lom jadik lover lagi.
    izzat more taugeh :)

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin