Tudung kanak-kanak


ASAL USUL KEWUJUDAN MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) YANG RAMAI TIDAK KETAHUI

Hari ni saya nak berkongsi asal usul kewujudan Maajun Anggun Bistari (MAB) perjalanan Keringat dan airmata serta menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Meng"legalkan" MAB.



MAB ni asalnya adalah maajun sediaan orang orang kampung, resepinya telah lebih dari 40 tahun digunakan sebagai perancang & untuk tujuan dalaman wanita. Mungkin juga lebih lama dari itu sebenarnya digunakan..

Almaklumlah orang dulu dulu mana cakna pil perancang ke suntikan depo, implanon dll..
apa yang ada disekeliling mereka, itulah yang mereka manfaatkan sepenuhnya.. Zaman moyang, nenek kita dulu lah jugak tu...bukannya orang lain pun...


Pengasas 
Puan Zai Azizah
En Lah Zul 

Jadi Pengasas MAB ni asalnya merupakan pengamal MAB sahaja pada mulanya..Namun kuasa Allah yang mengilhamkan kepada Pengasas untuk menyebarkan kebaikan MAB ini melalui perniagaan, maka bermulalah episod MAB dijadikan bahan dagangan kata modennya MAB dibisneskan..lebih kurang 13 tahun yang lalu..

Sekiranya tiada usaha membisneskan MAB, kita hari ni memang tak kenal sampai sudahlah apa itu Maajun Anggun Bistari..

Pengasas ni orang biasa biasa saja, bukan lah anak kenamaan, anak somebody atau anak orang berada..pendek kata anak orang kampung...jadinya cara bisnes yang dijalankan cara kecil kecilanlah.. bermula dengan promote di alam maya yang pada ketika itu, forum forum adalah platform nya seperti Forum Wanita Melayu.com, lama kelamaan Izin Allah bisnes makin berkembang dan berkembang.. semakin ramai yang berjodoh dan serasi dengan MAB ni sebagai Perancang & sekaligus sebagai penjagaan dalaman wanita..

Dari yang tak boleh langsung makan pil, menerima kesan badan makin dipam pam, muntah, pening, mual, tukar ke inject, period bertahun tak datang, badan naik, jerawat sana sini, moody memanjang..jadi mereka inilah yang mencuba MAB dan serasi..bukan setakat berjaya menjarakkan kehamilan malah menerima khasiat MAB seperti bertenaga, keputihan hilang, sakit tumit, badan lenguh -lenguh hilang, selalu kalau terbatuk sikit dah terkucil, sejak amalkan MAB tidak lagi..nak solat & ibadah pun jadi lebih mudah...

So, mereka-mereka inilah yang terus mengamalkan MAB dan terbuka hati menjadi agen / dealer bagi menyebarkan kebaikan MAB..Mereka mereka ini ada yang sehingga ke hari ni sudah 13 tahun masih terus mengamalkan MAB ini dan masih setia memasarkan MAB, mereka ini bukan seorang dua, malahan ramai dan berjaya membina network mereka sendiri sekaligus memperbaiki taraf hidup serta pendapatan keluarga masing-masing..

Usaha Pengasas memulakan bisnes MAB, akhirnya menampakkan jalan positif bukan sahaja memperbaiki taraf ekonomi mereka sendiri malah turut membantu ramai wanita samaada surirumah atau yg bekerja juga. Inilah ciri usahawan yang sebenar. Mengusahawankan orang lain juga sehingga ke hari ini usaha ini masih Pengasas teruskan untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berpendapatan sendiri.

Bisnes yang MAB jalankan hanya bertaraf enterprise di bawah Syarikat Zai Permai Resources, Syarikat tidak pernah mendapat mana-mana geran, loan atau apa apa bantuan pihak tertentu. Semuanya dijalankan dengan modal sendiri.

Sehingga satu tahap, Pengasas juga ingin melangkah ke tahap lebih baik dalam bisnesnya dimana Meng"legal"kan Mab supaya lebih tersebar luas dan mashyur. Antara caranya adalah dengan mendapatkan kelulusan KKM.

Antara Syarat untuk mendapat KKM adalah wajib mempunyai kilang yang bertaraf GMP dan HACCP. Maka berusahalah Pengasas ni suami Isteri mencari Kilang di Lembah klang yang boleh membantu. Nak buat kilang sendiri bukan sikit duit nak pakaikan maka gigihlah mencari kilang yang sepatutnya..

Akhir pencarian bertemu dengan satu kilang bertaraf GMP dan banyak mengeluarkan produk berjenama tempatan juga. Awalnya Kilang ni mengatakan semua boleh, dari pengeluaran MAB sehingga ke kelulusan KKM maka senyum lebarlah Pengasas.. lega..

Tunggu punya tunggu selepas bayar semua bayaran yang dipersetujui, akhirnya bermulalah process research & pembuatan MAB.

Malangnya kilang tak dapat nak menghasilkan MAB dalam bentuk asal iaitu bentuk maajun basah tetapi dalam bentuk tablet. Malang yang kedua, Semua bahan bahan-dalam MAB tidak memerlukan kelulusan KKM dalam bentuk NOT atau MAL kerana tiada bahan aktif yang dikawal selia oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan tetapi cukup sekadar berdaftar dengan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan KKM dengan no pendaftaran 170616/05/120.

Bermula dari itu, MAB ada 2 bentuk iaitu satu bentuk maajun basah dan satu lagi bentuk tablet.

Pengasas juga mengambil langkah proaktif, menghantar sample kedua dua MAB untuk lab test di UTM, USM dan Pusat Racun Negara. Ujian ke  atas Steroid, Merkuri dan Racun Berjadual telah dijalankan. Kelulusan bahawa MAB BEBAS Merkuri, Steroid dan Racun Berjadual telah dikeluarkan.( boleh rujuk sijil). Syarikat ZPR juga turut mendapat pengiktirafan dari UTM atas inovasi produk herba MAB sebagai produk berpotensi tahap tinggi.






Namun begitu, MAB masih terus menerus dikecam tidak berdaftar dengan KKM kerana tiada no MAL / NOT.

Pengasas masih belum berputus asa, maka pergi berjumpa dengan bahagian Farmasi KKM, dari nasihat pegawai KKM itu, tiada masalah untuk MAB tablet dijual di pasaran, begitu juga dengan MAB klasik dengan syarat label pada botol MAB klasik perlu ditukar dengan tidak menyatakan segala khasiat-khasiat nya.. cukup sekadar nama MAB dan lain lain maklumat syarikat.

Maka penjualan Mab tablet diteruskan begitu juga Mab klasik dengan label botol yang baru mengikut standard yang disyorkan oleh pegawai KKM.

Namun episod kecam dan kondem MAB tetap dan terus juga berlaku.. Pengasas pun naik buntu juga, mana nak menjawab kecaman pengkritik, persoalan para dealer & pengguna. Ditambah dengan isu MAB Fake oleh pihak tidak bertanggungjawab dan permainan buang harga oleh pemborong dan kedai kedai kosmetik. 

Dengan itu Pengasas mengambil langkah drastik mengarahkan semua dealer supaya menghentikan bekalan kepada para pemborong dan kedai kosmetik seluruh negara bagi memastikan ketulenan dan keberkesanan Mab. MAB ini perlu diambil mengikut tatacara dan kaedah yang betul, sekiranya tidak diambil mengikut kaedah yang sepatutnya, fungsi merancang akan gagal sepenuhnya.

Kelemahan Pemborong atau toko toko jamu, mereka hanya menjual tanpa memberikan konsultasi yang tepat.

Sekiranya anda membeli MAB dikedai kedai jamu, maka berhati hatilah kerana MAB original tidak dibekalkan di mana-mana kedai.

Namun semua dugaan-dugaan tidak mematahkan semangat Pengasas untuk terus memartabatkan industri herba dan mempertahankan Maajun Anggun Bistari khususnya.

Sekali lagi prosedur prosedur untuk mendapatkan No MAL/ NOT KKM dikaji. Dari kajian yang dijalankan, antara syaratnya adalah Kilang yang mengeluarkan MAB mestilah kilang yang berdaftar GMP, HACCP dan juga mempunyai lesen Herba dengan KKM. Kesilapan Kilang Mab Tablet terdahulu adalah tidak mempunyai Lesen Herba.
hmmm lesson learned.

Untuk mendapatkan kilang yang ada kesemua syarat ni memang sangat sukar. Kebanyakan kilang yang besar -besar dan berjenama, memang tak layanlah setakat player kecik macam Pengasas ni..

Kuasa Allah, kita merancang Allah juga merancang. Pengasas bertemu dengan kenalan yang memiliki kilang yang memenuhi kesemua syarat di atas.. GMP, HACCP & lesen Herba.. 

Alhamdulillah, maka sekarang ini, proses untuk meng"legalkan" Maajun Anggun Bistari sedang berjalan.

Doakan agar semua proses ini dipermudahkan dan menemui kejayaan.

Buat semua Pelanggan, bakal pelanggan MAB dan semua dealer, tetaplah setia dengan Maajun Anggun Bistari. Semoga usaha MAB terpahat dalam sejarah sebagai jenama yang mewarnai industri Herba Negara.

Allahuaklam.

-Wan Norma-
Penolong Pengurus ZPR
#CopyPastePenolongDariPgurusZPR
#MaajunAnggunBistari

untuk pembelian MAB Original boleh hubungi CIKSU melalui WHATSAPP
019-3080215
COD: JERTEH/ BESUT 
POSTAGE SELURUH MALAYSIA 


CikSu DEALER MAB SAH 




ambil MAB minumlah air secukupnya.. 
caranya ikut berat badan individu dan bergantung pada aktiviti yang dilakukan..





2 Comments

  1. nanti abam kie nak belikan utk isteri la.

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin